Monday, October 31, 2011

Sahsiah Guru


Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata:
Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah
termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.?

Selain daripada pelajar, guru juga haruslah memainkan peranan penting bagi membentuk sahsiah yang cemerlang. Guru sentiasa menjadi sasaran perhatian segenap kelompok masyarakat kerana peranan mereka yang vital dan indespensible dalam masyarakat. Meskipun pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia telah diperkenalkan dan mempunyai pengaruhnya yang besar namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam membentuk warganegara.

Ketidakupayaan guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:

Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah,
Perbuatan demikian aibnya amatlah parah.

Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka.

Program Membentuk Sahsiah



Antara program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk membentuk sahsiah yang cemerlang ialah program motivasi anjuran Unit Kecemerlangan Akademik ( UKA) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya diadakan di D'MAS ( Dewan Makan Asrama ) pada Selasa 28 Jun 2011 tepat jam 8 pagi hingga 5.30 petang. penceramah jemputan bagi progran tersebut adalah Dr Tengku Asmadi dari Map Training and Consultancy Sdn Bhd.

Matlamat acara tahunan ini adalah membantu pelajar mengubah sikap dan nilai-nilai yang telah sebati dalam diri mereka bagi meningkatkan motivasi diri bagi memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan nanti.

Disamping itu objektifnya ialah:-

  • membentuk semula sikap anak-anak agar berusaha gigih demi masa depan mereka
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang
  • Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran
  • menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka
  • Melazim minda agar selesa untyuk menerima perubahan diri yang baru

Amalan 5S di SMKA Naim Lilbanat

Amalan 5S yang biasa kita dengar ialah :

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa

Namun, amalan 5S turut diamalkan di Sekolah Berprestasi Tinggi ini. Iaitu :
Senyum , Salam , Sapa , Sayang , Syukur

Setiap pelajar haruslah mengamalkan amalan ini bagi membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang sekaligus mengeratkan silatulrahim antara warga sekolah .

Apa Itu Sahsiah

Maksud Sahsiah

Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang.

Sebagai seorang pelajar kita haruslah memiliki sahsiah yang cemerlang bagi menjadikan sekolah yang terbilang.

TEMA